APAKAH ITU SEKOLAH BAPA?
Sekolah Bapa ditubuhkan oleh Duranno pada bulan Oktober, 1995 di Seoul, Korea sebagai tindak balas kepada wabak negara yang semakin berleluasa – golongan bapa yang tidak bertanggungjawab dan tidak hadir. Sekolah Bapa Duranno ditubuhkan atas premis bahawa apabila bapa berdiri teguh sebagai ketua rumah tangga, masyarakat juga akan berdiri teguh, sekali gus mewujudkan suatu dunia yang teguh dan sihat. “Duranno” adalah tutur kata Korea bagi ‘Tiranus’ (ruang kuliah) yang terdapat di dalam Kisah-kisah 19: 9.
Sekolah Bapa adalah program 3 hari yang menjelaskan peranan bapa sebagai ketua keluarga. Para bapa akan menemui kedudukan mereka dalam unit keluarga dan belajar apa ertinya menjadi ketua keluarga. Dalam konteks yang lebih besar, Sekolah Bapa juga merupakan gerakan sosial yang memupuk budaya keluarga yang sihat. Mereka yang hadir digalakkan untuk menjadi membangunkan kemahiran kepimpinan yang kukuh di tempat kerja dan masyarakat. Selain itu, para bapa juga dicabar untuk menjadi peneraju pengubah dunia sekeliling. Akhir sekali, para bapa digalakkan agar memastikan anak-anak mereka mewarisi nilai-nilai keluarga ini semoga mereka seterusnya menjadi lelaki dan wanita yang berintegriti.
Sekolah Bapa Duranno mencontohi imej bapa berdasarkan ajaran Alkitab, memulihkan pengaruh bapa dalam keluarga, memperbetulkan penyalahgunaan kuasa bapa, dan mengembalikan bapa kepada kedudukan yang mulia dalam keluarga mereka. Sekolah Bapa Duranno adalah satu gerakan yang mencabar golongan lelaki untuk mengubah masyarakat dan dunia melalui yang pertama sekali, menjadi bapa yang baik dan penyayang.
Sorry, nothing found.